bismillahirahmanirrahim...
Ramadhan berlalu dgn pelbagai pelajaran. Pelajaran yang membina insan menjadi lebih dewasa. Ramadhan yang di dalamnya tersimpan sejuta rahsia kini sudah menjadi satu lg sejarah yang mungkin saja kecemerlangan/kecelakaannya akan dapat dipastikan di depan ALLAH nanti. Mungkin itulah sahaja rezeki ramadhan kita. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Langkah ramadhan lalu bermula dengan gah. Dimulakan dgn terawih di mlm hari dan puasa di siang hari. Tadarus, tahajud, istighfar, tazkirah mengisi ruang. Diceritakan rahmat pada awalnya, pengampunan pada pertengahannya.. Namun, langkah ramadhan semakin hari semakin berat, semakin hilang semangat. Semakin hari semakin kurang ibadahnya, semakin hari semakin perlahan terawihnya di masjid/surau. Moga-moga segalanya diterima, walaupun tak seberapa..Ya ALLAH, lemahnya hati ini sehingga masih lalai aku dibuai dunia yang sifatnya hanya menipu daya.
Namun, benarlah sebagaimana diriwayatkan dalam lipatan sirah, nikmat ALLAH tak pernah bertepi. Walaupun ramadhan datang dan pergi, hasilnya terpancar di bulan-bulan selepasnya. Alhamdulillah aku dapat rasakan aku sedikit berbeza dulu dan hari ini. Hari ini lebih baik, lebih apresiasi terhadap apa yang ada pada sekitar ku..alhamdulillah..semoga taqwa yang dicari terkesan di hati walaupun secangkil cuma..semoga Quran yang dibaca lebih memberi manfaat dan hidayah kepada hati yang sudah lama tenggelam dalam dosa kepadaMu. Semoga hati yang tidak mampu melihat ini kembali sedar akan betapa besarnya ALLAH dan nikmatNya..
...inilah kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa [2:2]
...moga-moga kita mendapat taqwa dari ramadhan utk bekalan hidayah dari al-Quran
...moga-moga kita lebih menghargai al-Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum..
salam ziarah..
entry yg baek...
moga kite mendapat taqwa ramadhan daripada-Nya..
amin..
Post a Comment