Saturday, April 18, 2009

Subhanallah




keamatan cahaya semacam ini sepatutnya membakar filamen2 lampu tersebut,tapi..
kalau ALLAH berkehendak... subhanallah

Friday, April 17, 2009

Kereta kecil enjin merah


Sebulan lepas, isteri saya mengadu kereta saya kekeringan air (masa tu dia dalam perjalanan nak pergi ke sekolah, dan saya di bintulu-niah, melihat batu).Kekeringan air, bukan kurang, tp kering.sesuatu yang sedikit menakutkan. sepanjang sejarah saya memahami sifat2 kereta, tak pernah lagi saya terserempak dengan masalah kekeringan air dalam tangki kereta. kekeringan air tersebut semestinya mengakibatkan jarum penunjuk suhu naik secara mendadak. mata isteri saya yang sedikit tajam menyelamatkan sebenarnya. kalaulah dia tak perasan suhu naik in the first place, dah tentu kereta tu berasap dan semakin teruk keadaannya. terima kasih, sayang. tp sedikit kalut jgk saya masa tu sbb saya tak berada di tempat kejadian dan kebetulan pula abang ipar saya (sedara yang paling dekat) pun tiada di KL. Memahami tanda-tanda begitu, apa yang bermain di fikiran saya adalah, adakah tangki kereta itu bocor?

Sekembalinya saya di KL, saya berjumpa seorang mechanic untuk menyervis kereta saya. Saya bertanyakan soalan saya tadi kepada mechanic tersebut. Responnya, dia tak mampu nak jawab kalau enjin kereta tersebut tidak bersih.Kiranya dia tak dapat kesan, sama ada tangki air bocor atau tangki minyak hitam. Saya bertindak dengan membersihkan enjin kereta di kedai basuh kereta yang disyorkan, then saya kembali ke workshop tadi. Mechanic tu cakap, "hmmm...enjin awak terlampau bersih, saya tak tahu mana bocor"...terus saya rasa menyirap. ape kejadahnya saya diperlakukan sebegini. td kotor xleh tengok, sekarang bersih xleh tengok jgk. Terasa sedikit kecil apabila saya sedar yang saya memiliki segulung ijazah bertajuk "Ijazah Kepujian (Kejuruteraan) Kejuruteraan Mekanikal". Saya berdiam diri sejenak, berfikir langkah seterusnya. Yang pasti, penyelesaiannya bukan dengan mechanic ini...

Selang seminggu, kereta saya kelihatan tiada masalah langsung, airnya tidak kering, minyak hitamnya pun tidak berkurang. Wah, apa sudah jadi? self healing?adakah ini knight rider? sehinggalah pada 1 malam, apa yang berlaku sangat-sangat membuka mata saya untuk belajar pasal masalah ini. Simbol bateri sebelah speedo meter menyala.Jelas ada masalah dengan bateri atau alternator. Saya teringat kisah kereta Shah sewaktu di sunway dulu. Symptom2nya seakan2 sama.

Saya menceritakan hal ini kepada Suhairo, sahabat seofis saya, yang jgk memiliki latarbelakang "Mechanical Engineering" dari universiti yang sama. Kami sekelas hampir semua matapelajaran di kampus dulu. Dia bertanya kepada saya tentang apakah alternator. Hakikat sebenarnya, saya pun tidak tahu, tapi tidak mahu dilihat kecil lg, saya cuba meng explain kepadanya dengan lagak saya sangat tahu. Kemudian saya rasa sedikit bersalah n saya cuba membuat sedikit findings dalam howstuffwork berkenaan alternator.maafkan saya suhairo. Tapi saya share apa yang saya baca di situ dengan suhairo dan mengaku salah saya.;-)

Keesokkan harinya, saya menelefon seorang lagi mechanic yang di"recommand"kan oleh jiran2 saya-Abg Nasir. Menceritakan apa yang terjadi pada kereta saya. Dia pun sependapat dengan saya, mungkin alternator itu yang bermasalah. Petang tu jgk dia datang ke rumah saya utk membaiki, membawa 1 alternator baru di tangan. Agak terkejut apabila dia dapati yang rosak sebenarnya bukan alternator, tetapi belt alternator yang menyambungkan alternator dengan water pump putus. Diulangi, putus! So, dia datang keesokan harinya dengan membawa belt itu. Apabila dibukanya cover untuk dipasangkan belt tersebut, sekali lagi dia terkejut kerana, water pump jgk bermasalah. bearingnya sudah loose, n water pump itu sudah lama bocor.

hmmm...sekarang, masalah ini sudah well defined. dengan bocornya water pump tersebut, maka terjawablah semua soalan. Kenapa air cepat kering? kenapa temperature naik?kenapa seminggu kereta tu, ok?...semuanya terjawab.

Walaupun sedikit kos yang perlu dikeluarkan saya sedikit berasa lega, kerana

1. insyaALLAH masalah kerata, part cooling system is ok, so sy boleh merancang untuk ke Melaka bersama isteri. (Isteri saya cikgu sejarah, plannya nak gi Melaka, nak betul2 faham tentang Melaka. Membantunya menjalankan proses P&P dengan lebih baik, plus masa utk saya betul2 memahami sejarah Melaka)

2. saya dapat belajar tentang alternator, water pump dan sistem penyejukan kereta

3. saya lebih terbuka, mengaku apa yang saya tahu dah apa yang saya tak tahu.

Just Because a man is an Engineer, it does not mean he knows much about Engineering. It merely means he knows much less about everything else (Mark Twain, 1976)

Tuesday, April 14, 2009

Halaju vs Tekanan

when I was in high school, i asked my physics teacher about pressure. A normal human body has 14.7 psi pressure exerted on him. 14.7 psi is equal to 1 atm and equal to 20 m of water. as the pressure is define by rho*g*h, u have to dive 20 metres into the water (normal water, for a sea water, u have to go less that that, tp almost that depth lah sbb how much sea water density can differ dgn normal water pun btw) to double the pressure we r daily exerted. or in more simplistic word, the pressure we r having right now is equal to if we r carrying sebalang air yang tinggi balang tersebut adalah 20 meter. besar kan...

tekanan pula didefinasikan sebagai daya/luas kawasan terkesan daya. pada daya yang sama, semakin luas kawasan terkena daya, semakin kuranglah tekanan. atau semakin kecil luas kawasan terkena daya, semakin besarlah tekanan.

Pasal halaju pulak, selalunya kita merasakan kita static, tidak bergerak. hakikatnya kita bergerak bersama2 bumi di atas paksinya yg tersendiri selaju 1609.344 km dlm 1 jam. itu belum tambah dengan hajalu bumi menjauhi planet2 lain dlm galaksi, n halaju galaksi yang menjauhi galaksi2 lain kat outerspace. my point is, even we think we r static, actually we r moving, moving really2 fast.

Bring this 2 concepts into our daily life. Rasanya byk waktu dlm our daily life kita rs dunia sekeliling kita sgt laju dan kita sgt perlahan. semua laju mengejar apa yang diorang nak. kita selalu rs kita sgt slow. slow buat tu, slow buat ni, kadang2 kita tak mampu nak cope with this speed. n kita ketinggalan. berapa ramai dari kita yang sebenarnya bijak tp slow. mereka yang bijak tp slow adalah biasanya mangsa keadaan sbb obviosly bijak je tak cukup. kelajuan membuat sesuatu adalah penting juga.mungkin slow itu datangnya dari tekanan yang kita hadapi. dalam membincangkan masalah halaju dan tekanan, suka saya meruju kepada hukum bernoulli yang antara lain katanya halaju adalah berkadar songsang dengan tekanan. semakin kurang tekanan semakin laju sesuatu benda itu. ini benar dan asas hukum inilah terciptanya kapal2 terbang dan apa2 benda terbang seangkatan dengannya. so, sekiranya tekanan rendah, maka semakin laju lah kita. nampak sgt2 mudah, untuk kembali bergerak laju, catch up dgn dunia yang laju, apa yang kita perlukan adalah berusaha bagaimana mengurangkan tekanan. so, cara mengurangkan tekanan adalah dengan menambah luas kawasan terkena daya. caranya mungkin pelbagai.

1. maybe kita boleh share tekanan kita dengan orang2 terdekat..mungkin kawan2, ibu ayah, isteri atau boss (kalau boss membantu ahh, biasanya tak)

2. membuka seluas2nya keupayaan berfikir kita (atau dalam bahasa penjajahnya open up our mind)

3. melapangkan dada maybe (better explanation adalah dlm surah alam nasyrah kot...)

4. memerhati dan berfikir, ada org lain yang lebih hebat tekanannya. ini membuatkan kita lebih apresiasi terhadap kawasan daya yang kita ada.

so, kita boleh atasi benda ini.so, just relax n kita pikilah sama2 ye...(stole your line, nabil)...

Monday, April 13, 2009

the adventure of Boyan

tamatnya kelas bahasa melayu bersama cikgu noreha dalam lebih kurang 5 minit lg akan membawa semua kanak2 dlm kelas ni ke waktu rehat..

1015, loceng rehat berbunyi...bermulalah satu siri permainan yang ditunggu2 oleh kanak2 lelaki kelas 6 rajin...

"ok, rulenya mcm biasa, kalau korang berada di area ni, korang terdedah dgn boyan..untuk selamat, korang kene berada ni atas kawasan balcony ni je.korang jgk xleh menipu.hanya boleh bercakap benda yang betul je." mat jali menerangkan kembali undang2 permainan yang dinamakan boyan itu.

shahril, doye dan mat duan sudah diam...semua diam. takut2 tersalah cakap, menyebabkan terjadinya 1 penipuan dan terpaksa menjadi boyan.
tp diam itu xlama...tengku mengacah dengan mengeluarkan kenyataan,"ben kene pulas perut kan td. cikgu noreha pulas perut ben".
kemudian pijo menjumpai sesuatu yang aneh dalam statement tu,"tengku, mana ada ben dalam kelas kita, yang kene pulas perut tu adalah zainoori". terkedu tengku sbb tersalah cakap padahal ben=zainoori. cuma xde pun orang panggil ben dengan nama zainoori.semua tertawa kecuali tengku. dia sudah sedikit cuak kerana terpaksa menjadi boyan yang baru...

kemudian pijo cuba membuka ruang kepada orang lain utk melakukan kesilapan,"aku menang main rubber minggu lepas".ben menambah sambil tergagap2. dia cuba memberanikan diri,"aku pun menang jgk, tp lawan erma shahril".statement tu xde salah...semua kembali diam...gagal pijo mencari boyan baru...

beberapa siri mengeluarkan statement berlangsung sepanjang seisi ini...namun masih belum ada boyan baru...tengku masih kekal mencari salah org mengeluarkan kenyataan, pertanyaan atau apa saja yang meng'declare'kan satu penipuan...namun masih gagal.

tepat 1045, loceng masuk kelas berbunyi...dengan berbunyinya loceng itu menandakan permainan ini berhenti seketika..semua kembali boleh menipu sampai ke seisi boyan pada esok nya.namun,kali ini tiada boyan baru. esok bersambung lg.dengan tengku kekal sebagai boyan...

terfikir sejenak, apakah boyan?seingat sy tiada siapa yang tahu apakah boyan..yang penting menjadi boyan adalah sesuatu yang paling mahu dielak dalam siri permainan boyan..mungkin boyan adalah makhluk pelik, bertaring, hodoh dan membawa sial...