"maafkan sy"...atau "i am sorry"...itulah ghalibnya perkataan yang terdengar susulan dari kesalahan atau ketelanjuran seseorang yang sudah mengakui kesalahannya. Tapi adakah perkataan ini berguna? Pendapat kacil sy, maaf adalah perkataan yang sangat susah diucapkan oleh sesetengah orang, dah senang juga diucapkan oleh sesetengah yang lain. Maaf dari orang yang xmengakui kesalahan adalah sangat susah. tp maaf dari orang yang "clumsy" sgt senang. Namun maaf dr org yg tak mengakui kesalahannya (walaupun semua org buat silap) adalah bg sy lebih bermakna sbb maaf tersebut lebih dalam. tapi maaf dari org yg sentiasa merasakan yang dia melakukan kesalahan adalah sedikit kurang bermakna sbb agak pasti utk dia melakukan lg kesalahan tersebut. so, its really complicated to read ppl from their word.
Satu sudut lg...sekiranya maaf langsung dilafazkan, kebarangkalian org menerima maaf tersebut pun pelbagai. Orang sgt2 boleh menerima maaf tp adakah maaf itu benar2 diterima atau maaf itu diterima sekadar untuk memberhentikan pemohon maaf memohon maaf?
contoh : sekiranya maaf itu diterima, maka kesalahan yang sama, pada masa hadapan yang dilakukan oleh si pemohon xakan di"relate" dengan kesalahannya sebelum ini. sekiranya kesalahan tersebut di kaitkan dengan kesalahannya (kesalahan yang sama atau lain) sebelum ini, maka rasanya maaf tersebut pada asalnya memang tiada keikhlasan. so, mmg complicated untuk memaafkan org. Satu tindakan yang benar2 menguji kesabaran dan keikhlasan...menguji iman..
Sekiranya lembaran sirah diamati, kesah fath mekah adalah satu ukuran terbaik bagaimana Rasulullah ingin mengajarkan kita erti maaf...
Hindon, isteri kepada Abu Soffian adalah orang yang sangat berdemdam dengan Hamzah (pakcik Rasulullah)...sehinggakan dalam perang Uhud, dada Hamzah dibelah dan jantungnya dilapah sebagai tanda dendamnya kepada Hamzah. Usai peperangan, melihat dada Hamzah terbelah, jantungnya dilapah, menangis Rasulullah. Tangisan kepada orang yang sgt melindungi Baginda, Hamzah asadullah...Rasulullah berazam untuk mencari Hindon dan melakukan benda yang sama kepada Hindon, tp tibanya wahyu dr ALLAH menyuruh Rasulullah bersabar...dan memaafkan
Tahun ke-10 hijrah dan peristiwa Fath Mekah.. satu hari yang diingati oleh penduduk mekah, org umat Islam..Pada hari itu, Islam memaafkan seluruh dosa quraisy kepada mereka.Sebelum hijrah,ada kisah bagaimana Bilal di jemur di tengah panas terik padang pasir dgn batu besar di dada, kisah bagaimana Khabab disalai sehingga menitis lemaknya dari belakang.Dan kisah Hindon melapah jantung Hamzah. Hindon dan Abu Suffian malah diutamakan dgn kata Rasulullah, "Sesiapa yang berlindung di rumah masing2 dan berlindung di rumah Abu Suffian, mereka akan selamat"..itulah kemaafan...kemaafan penghapus segala dendam...
Indah Islam...kemaafan sesama manusia, sebelum menghitung kemaafan Khaliq kepada makhlukNYa...ya ALLAH, maafkan daku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment