tamatnya kelas bahasa melayu bersama cikgu noreha dalam lebih kurang 5 minit lg akan membawa semua kanak2 dlm kelas ni ke waktu rehat..
1015, loceng rehat berbunyi...bermulalah satu siri permainan yang ditunggu2 oleh kanak2 lelaki kelas 6 rajin...
"ok, rulenya mcm biasa, kalau korang berada di area ni, korang terdedah dgn boyan..untuk selamat, korang kene berada ni atas kawasan balcony ni je.korang jgk xleh menipu.hanya boleh bercakap benda yang betul je." mat jali menerangkan kembali undang2 permainan yang dinamakan boyan itu.
shahril, doye dan mat duan sudah diam...semua diam. takut2 tersalah cakap, menyebabkan terjadinya 1 penipuan dan terpaksa menjadi boyan.
tp diam itu xlama...tengku mengacah dengan mengeluarkan kenyataan,"ben kene pulas perut kan td. cikgu noreha pulas perut ben".
kemudian pijo menjumpai sesuatu yang aneh dalam statement tu,"tengku, mana ada ben dalam kelas kita, yang kene pulas perut tu adalah zainoori". terkedu tengku sbb tersalah cakap padahal ben=zainoori. cuma xde pun orang panggil ben dengan nama zainoori.semua tertawa kecuali tengku. dia sudah sedikit cuak kerana terpaksa menjadi boyan yang baru...
kemudian pijo cuba membuka ruang kepada orang lain utk melakukan kesilapan,"aku menang main rubber minggu lepas".ben menambah sambil tergagap2. dia cuba memberanikan diri,"aku pun menang jgk, tp lawan erma shahril".statement tu xde salah...semua kembali diam...gagal pijo mencari boyan baru...
beberapa siri mengeluarkan statement berlangsung sepanjang seisi ini...namun masih belum ada boyan baru...tengku masih kekal mencari salah org mengeluarkan kenyataan, pertanyaan atau apa saja yang meng'declare'kan satu penipuan...namun masih gagal.
tepat 1045, loceng masuk kelas berbunyi...dengan berbunyinya loceng itu menandakan permainan ini berhenti seketika..semua kembali boleh menipu sampai ke seisi boyan pada esok nya.namun,kali ini tiada boyan baru. esok bersambung lg.dengan tengku kekal sebagai boyan...
terfikir sejenak, apakah boyan?seingat sy tiada siapa yang tahu apakah boyan..yang penting menjadi boyan adalah sesuatu yang paling mahu dielak dalam siri permainan boyan..mungkin boyan adalah makhluk pelik, bertaring, hodoh dan membawa sial...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
xprnah main pong...ermmm nnti aku tls main brebut tiang kat koridor..dgn mohsinin,syila bok,maizura,azrini n others...farah ade men x?...xingat la..
Post a Comment