Monday, April 20, 2009

Hayatul muslim

Pernahkah kita terfikir...bagaimana agaknya kehidupan sehari-hari seorang muslim?sebab semakin lama saya rasa benda ni semakin kabur..susahnya kita untuk membayangkan bagaimana kehidupan seorang muslim lah kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah value keislaman kita..maybe value keislaman kita pada hari ini nampaknya tak boleh dijual di mana-mana, tapi hakikatnya value keislaman kita ini sangat-sangat penting untuk masa depan kita sesudah kematian.

Kematian adalah sesuatu yang sangat pasti. Saya pernah mengikuti beberapa perbincangan tentang sains kematian. Pernah jgk saya menonton dokumentari tentang kematian dan perubatan. Dalam kedua-dua seisi tersebut, semua orang yakin bahawa kematian tak mungkin mampu untuk dielak, cuma kebarangkalian untuk melambatkannya mungkin ada. Sebab itulah kalau kita kembali kepada objektif perubatan, kita akan menjumpai bahawa perubatan adalah untuk memperbaiki kehidupan manusia, bukan untuk membuatkan manusia hidup kekal selama-lamanya. Mungkin ada falsafah yg mengatakan dengan meletakkan cita-cita di bulan, setidak-tidaknya kita akan jatuh ke gunung. Kalau meletakkan cita-cita untuk hidup kekal selama-lamanya, kita mungkin akan hidup 100 tahun, atau 1000 tahun...walau bagaimana pun manusia berfikir...hakikat tetap jelas...kematian itu PASTI

disebabkan kePASTIannya, mahu tidak mahu, kita mesti bersedia.

Dalam menyelesaikan ijazah saya dulu, subject wajib bagi semua pelajar2 kelas kami adalah "machine component design"..subject ini antara lain menjelaskan komponen-komponen yang mesti ada dalam sesebuah enjin. kami belajar fiziknya dan jgk bagaimana semuanya berfungsi dan saling bergantung antara satu sama lain. bagaimana komponen-komponen ini bercantum di bawah 1 sistem yang disebut "power train". memastikan "power train" yang baik, adalah dengan membuat semua pengiraan utk komponen-komponen ini dengan baik, tanpa meninggalkan 1 pun kebarangkalian utk komponen-komponen ini gagal. kegagalan 1 komponen boleh mengurangkan kebolehpercayaan (reliability) kita terhadap "power train" as a whole.

berbalik kepada issue asal yang cuba saya ketengahkan di sini-kehidupan sehari-hari seorang muslim. sy sangat-sangat yakin dengan kita memahami apakah kehidupan sehari-hari orang muslim, menjadikan kita benar-benar seorang muslim. melakukan hal-hal yang semestinya dilakukan oleh orang muslim menjadikan kita menjaga "komponen-komponen" kemusliman kita. kegagalan kita menjaga perkara-perkara yang mesti itu sebenarnya menggagalkan kita utk meng"uphold"kan value islam dalam diri kita ini. persoalannya bagaimana?bagaimana utk kita hidup sebagai muslim?kita semakin hari semakin ketandusan contoh..

Rasulullah sebagai contoh, tp Rasulullah sudah tiada. Pendidikan Islam dari taska/tadika kita dikenalkan dengan Rasulullah, tp hakikatnya kita masih belum cinta Rasullullah sebagaimana cintanya para sahabat. kita gagal menjadikan Rasulullah sebagai qudwah sebab kita gagal mengenal baginda..

Melihat kepada ulama hari ini, kita tidak jg mengenal ulama..ulama seringkali dikaitkan dengan terrorism..walaupun kita tidak mempercayainya, namun musuh-musuh islam berjaya membudayakannya kepada dunia...

mahu tidak mahu, pada pendapat saya cara terbaik untuk memahami, mencari contoh adalah melihat al-quran...memahami al-quran...membacanya secara harian..mengikuti kelas-kelas pelajaran al-quran...kelas membaca dgn tartil, kelas tafsir..selebihnya tergantung kepada kita utk berusaha menjadikan diri kita contoh, setidak-tidaknya contoh di dalam keluarga...

mungkin agak susah utk menetapkan apakah routine harian kita cuma, dengan meletakkan sedikit matlamat, insyaALLAH kita boleh perbaiki...contohnya;

01. Bacaan Quran. berapa muka/helai sehari
02. Istighfar. berapa kali sehari
03. Bacaan zikir-zikir yang ma'thur. pagi dan petang
04. Solat Jemaah di masjid/surau
05. Tahajjud. berapa kali seminggu
06. Solat Dhuha. berapa kali seminggu
07. Bacaan buku. Berapa bab seminggu/sehari
08. Riadah. berapa jam seminggu
09. Menziarah saudara-mara. berapa kali sebulan
10. Mendidik isteri secara khusus. berapa seisi seminggu.
11. dan lain-lain.......

letakkan matlamat, and then, tingkatkan matlamat dengan sedikit paksaan..in the function of time ahh..buktikan cinta kita kepada ALLAH..kerana dengan mencintai ALLAH dan Rasul lebih dari segala-galanya, kita dapat merasai betapa manisnya iman...insyaALLAH, kita mampu merasanya b4 kita mati...

2 comments:

len said...

alwayz luv ur way of thought...(when u serius la....bkn ms mu bengong2)..

juzLe said...

thanx...thats what frens for kan...boleh gelak2...n boleh nangis2...n boleh terima n tolak bila perlu...