Wednesday, April 22, 2009

Halaju vs Tekanan 2

terlebih dahulu terima kasih kepada pemberi komen yang sedikit merahsiakan identitinya pada entry saya yg sebelum ini.

mengenai persoalan yang ditimbulkan...atau lebih sempurna kalau saya qoute kan kembali;

camner pula dgn friction/daya geseran sasuatu benda yng bergerak ngan persekitarannya (contact area). Ade kesan tak kepada kelajuaannya? Mkin anda boleh menghuraikanya juga

sebelum saya cuba untuk mengaitkan persoalan tersebut, ingin saya nyatakan, apa yang sy tulis di sini adalah dari pengamatan mata kecil saya. saya melihat apa yang berlaku di sekeliling mampu dihuraikan oleh hukum sains. kejadian manusia adalah salah satu dari keajaiban yang mungkin mampu dihuraikan oleh sains. namum begitu, "human behavior" adalah sesuatu yang kompleks yang mungkin sedikit sukar untuk dihuraikan. cuma apa yang cuba saya perjuangkan adalah melihat " human behavior" ini dari perspektif prinsip fizik dan mungkin jg kejuruteraan. saya tahu, saya takkan mampu menghuraikan semuanya, namum setidak2nya saya melihat sesuatu dari arah pengetahuan saya...mungkin silap, tapi sangat bersedia untuk menerima input dari semua.


www.wikipedia.org

friction...seperti biasa, bermula dengan definition...Friction is the force resisting the relative lateral (tangential) motion of solid surfaces, fluid layers, or material elements in contact.<---100% dr wikipedia

atau mungkin dalam bahasa yang lebih mudah, daya yang mengurangi daya sebenar yang kita kenakan terhadap objek daya. Daya geseran ditakrifkan dgn daya normal (Fn) * pemalar geseran (mu). Daya normal pula ditakrifkan sebagai daya yang bertindak berserenjang (perpendicular) kepada daya sebenar. Daya normal adalah secara fiziknya sentiasa wujud untuk mengimbangi daya yang kita kenakan. manakala pemalar geseran pula adalah pemalar yang sangat berkait rapat dengan jenis bahan (material) yang kita gunakan. juga bergantung kepada berapa banyak kawasan terkesan antara 2 satah tersebut. mungkin lebih mudah sekiranya saya nyatakan; pada bahan yang sama, semakin banyak kawasan bersentuhan antara 2 satah, semakin besarlah nilai pemalar geseran dan semakin besarlah daya geseran.

persoalannya adakah daya geseran bersangkutan dengan konsep halaju dan tekanan?bg saya, ya, sudah tentu. geseran yang besar semestinya mengurangkan halaju, dan natijah yang lebih besar adalah, meningkatkan tekanan. satu proses yang timbal balik; meningkatkan tekanan-->mengurangkan halaju, mengurangkan halaju-->meningkatkan tekanan...

soalan seterusnya, dari manakah asalnya geseran dalam kehidupan kita?geresan akan berlaku apabila seseorang tidak jelas dengan arah gerakan asal, arah tuju halajunya. ke mana dia menghala?berapa byk usaha yang perlu dilakukan untuk ke destinasi?kalau tidak jelas, seseorang itu lebih mudah membenarkan dirinya menempel pada benda lain selain dari objektifnya. semakin luas dia menempel, semakin luaslah daya geserannya, semakin perlahanlah halajunya. banyak atau sedikit penempelannya bagi saya adalah sesuatu yang sangat jelas...iaitu masa berkesan (effective time)...

contoh; seseorang yang ingin menjadi pekerja yang cemerlang, dia perlu menggunakan masa berkesan yang byk terhadap kerjayanya. sekiranya byk masa berkesannya digunakan untuk selain dari kerjanya, geseran yang tinggi akan berlaku, dan melambatkan halajunya terhadap matlamatnya untuk menjadi pekerja yang cemerlang.

perlu diingatkan masa berkesan adalah tidak sama dengan masa biasa. sy rs semua orang sudah arif tentang itu. seminit masa berkesan adalah lebih baik dari 4 minit masa biasa (80/20 Principle or Pareto Principle)malah, 1 minit bagi 2 orang berbeza memiliki nilai yang berbeza<---this is where im very agree with einstein about relativity theory.

apabila bergerak, geseran pasti berlaku, namun geseran yang sebenar adalah byk berlaku di minda-tidak fokus, berkhayal diwaktu tak sepatutnya, mimpi yang tidak objektif. daya geseran sekiranya diadaptasi dengan benar, mampu memberi kebaikan kepada manusia, terbukti dengan penciptaan brek kenderaan dan aplikasi2 sewaktu dengannya..sekiranya digunakan dengan produktif, daya geseran mampu menjadikan kita sedar sekiranya kita terlanjur, mampu membawa kita kembali ke bumi setelah tinggi di langit..begitu jgk mimpi, mimpi yang sgt objektif sudah membawa manusia mencapai sesuatu yang terlalu mustahil sebelumnya...kita pun mampu! sekiranya kita meletakkan semuanya kene pada tempatnya..:-)


ilustrasi dr http://www.slimfilms.com/

p/s: minyak pelincir boleh mengurangkan geseran.tp mesti tahu jenis minyak pelincir, keperluan pelinciran...bukan semua minyak pelincir utk semua jenis geseran..

rujukan :
1. Luas permukaan berkadar langsung dengan pemalar geseran
2. relativity concept

No comments: