Friday, April 24, 2009

mimpi yang sempurna

Suatu hari, seorang pelajar bertanya gurunya yang merupakan seorang ulama. "Sheikh, bagaimanakah cara saya boleh bertemu Rasulullah di dalam mimpi?". Gurunya menjawab,"Aku bukan mahu merendahkan mu, tapi aku berpendapat bahawa kamu takkan mampu".

Si pelajar ini langsung tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut seraya bertanya lagi, " sekiranya Sheikh tahu saya tidak mampu, apakah cara-caranya, mungkin saya boleh bersedia untuk mampu?"

Ulama' tersebut tersenyum dan menjawab,"Baiklah, cuba kamu makan pada siang hari tanpa minum. Makan lagi tanpa minum. Sampai ke malam. Jangan minum langsung sebelum kamu tidur".

Bingung pelajar ini mencari kaitan antara makan, minum dan mimpikan Rasulullah. Namun demikian, semangatnya untuk bertemu Rasulullah di dalam mimpi menyebabkannya menurut kata-kata gurunya itu tanpa sebarang soalan lagi.

Dipendekkan cerita, berbuatlah si pelajar ini seperti yang diajarkan sehinggalah dia tertidur. Sewaktu tertidur, dia bermimpi dia sedang dalam perjalanan ke suatu tempat pada hari yang panas terik. Setelah jauh berjalan, dia terjumpa sebuah perigi, berlari dia ke arah perigi itu untuk mendapatkan air, namun, tiada air di dalam perigi tersebut, hanya sebuah perigi buta. dia meneruskan perjalanan, dari jauh ternampak seperti lopak air, berlari dia ke sana kerana dia semakin dahaga.malang sekali nasibnya lopak air itu cuma pantulan awan di tanah lapang.disangkanya air, rupanya bayang-bayang...kerana terlampau dahaga, dia tersedar dari tidurnya..

keesokan harinya, dia berjumpa dengan ulama' tersebut untuk menceritakan apa yang dialaminya dalam mimpi tersebut. tersenyum lagi ulama' itu..."Itulah kunci untuk mencari Rasulullah di dalam tidurmu". Pelajar itu pun tersenyum...

4 comments:

Nurul Atikah said...

xpaham.. *sigh*

juzLe said...

hmmm..mungkin satu huraian yang sedikit teruk..i did ask my wife last nite about this...dia pun masih tertanya2 apakah cara untuk bertemu Rasulullah...nyata ini entry yg kurang baik...

my point is...kalau mahu mencari Rasulullah, kehendak terhadap Rasulullah itu mesti tinggi, berusaha sepanjang masa, merasakan kukurangan Rasulullah dalam hidup kita memberi impak yang besar, rindu yang besar...contoh terbaik diberikan oleh ulama' tersebut...sekiranya tiada air dalam kehidupan sesorang, dia akan termimpikan air kerana terkesan sekali keperluan air dlm hidupnya...

untuk mendapatkan perasaan pentingnya Rasulullah sebagai qudwah yang terbaik, kita mesti merasakan apa yang akan berlaku sekiranya tiada Rasulullah, tiada hidayah dr ALLAH...kita akan kegersangan..pasti...:-)

p/s: sorry because i make this so difficult...

juzLe said...

kehendak kita bertemu, mencium tangan Rasulullah, mendengar nasihat Baginda adalah sama atau lebih dari kehendak orang yang mahukan air ketika dia dahaga...

Nurul Atikah said...

ehehe.. ilek2.. xpe.. truskan mujahadah abe juzle.. ssh2... lame2 nanti senang plak.. insyaAllah..

xssh nk rs ade kebersamaan dgn rasulullah.. juz selawat sekali.. Allah kembalikan ruh pd rasulullah s.a.w khas utk jwb slm kita!!! best x?? kalau dihati mmg rasa sgt istimewa dan rs bersama baginda sentiasa.. kalau selalu selawat la.. hihi.. yg pntg buat ape bagnda suruh.. tinggalkan yang dilarang. even perkara baik yg diada2kan.. mmmm.. yg bi'ah perlu ditglkan.. sgt merunsingkan pikiran sy..
doakan sy xm..
uhuu.. nervous2..