Friday, April 17, 2009
Kereta kecil enjin merah
Sebulan lepas, isteri saya mengadu kereta saya kekeringan air (masa tu dia dalam perjalanan nak pergi ke sekolah, dan saya di bintulu-niah, melihat batu).Kekeringan air, bukan kurang, tp kering.sesuatu yang sedikit menakutkan. sepanjang sejarah saya memahami sifat2 kereta, tak pernah lagi saya terserempak dengan masalah kekeringan air dalam tangki kereta. kekeringan air tersebut semestinya mengakibatkan jarum penunjuk suhu naik secara mendadak. mata isteri saya yang sedikit tajam menyelamatkan sebenarnya. kalaulah dia tak perasan suhu naik in the first place, dah tentu kereta tu berasap dan semakin teruk keadaannya. terima kasih, sayang. tp sedikit kalut jgk saya masa tu sbb saya tak berada di tempat kejadian dan kebetulan pula abang ipar saya (sedara yang paling dekat) pun tiada di KL. Memahami tanda-tanda begitu, apa yang bermain di fikiran saya adalah, adakah tangki kereta itu bocor?
Sekembalinya saya di KL, saya berjumpa seorang mechanic untuk menyervis kereta saya. Saya bertanyakan soalan saya tadi kepada mechanic tersebut. Responnya, dia tak mampu nak jawab kalau enjin kereta tersebut tidak bersih.Kiranya dia tak dapat kesan, sama ada tangki air bocor atau tangki minyak hitam. Saya bertindak dengan membersihkan enjin kereta di kedai basuh kereta yang disyorkan, then saya kembali ke workshop tadi. Mechanic tu cakap, "hmmm...enjin awak terlampau bersih, saya tak tahu mana bocor"...terus saya rasa menyirap. ape kejadahnya saya diperlakukan sebegini. td kotor xleh tengok, sekarang bersih xleh tengok jgk. Terasa sedikit kecil apabila saya sedar yang saya memiliki segulung ijazah bertajuk "Ijazah Kepujian (Kejuruteraan) Kejuruteraan Mekanikal". Saya berdiam diri sejenak, berfikir langkah seterusnya. Yang pasti, penyelesaiannya bukan dengan mechanic ini...
Selang seminggu, kereta saya kelihatan tiada masalah langsung, airnya tidak kering, minyak hitamnya pun tidak berkurang. Wah, apa sudah jadi? self healing?adakah ini knight rider? sehinggalah pada 1 malam, apa yang berlaku sangat-sangat membuka mata saya untuk belajar pasal masalah ini. Simbol bateri sebelah speedo meter menyala.Jelas ada masalah dengan bateri atau alternator. Saya teringat kisah kereta Shah sewaktu di sunway dulu. Symptom2nya seakan2 sama.
Saya menceritakan hal ini kepada Suhairo, sahabat seofis saya, yang jgk memiliki latarbelakang "Mechanical Engineering" dari universiti yang sama. Kami sekelas hampir semua matapelajaran di kampus dulu. Dia bertanya kepada saya tentang apakah alternator. Hakikat sebenarnya, saya pun tidak tahu, tapi tidak mahu dilihat kecil lg, saya cuba meng explain kepadanya dengan lagak saya sangat tahu. Kemudian saya rasa sedikit bersalah n saya cuba membuat sedikit findings dalam howstuffwork berkenaan alternator.maafkan saya suhairo. Tapi saya share apa yang saya baca di situ dengan suhairo dan mengaku salah saya.;-)
Keesokkan harinya, saya menelefon seorang lagi mechanic yang di"recommand"kan oleh jiran2 saya-Abg Nasir. Menceritakan apa yang terjadi pada kereta saya. Dia pun sependapat dengan saya, mungkin alternator itu yang bermasalah. Petang tu jgk dia datang ke rumah saya utk membaiki, membawa 1 alternator baru di tangan. Agak terkejut apabila dia dapati yang rosak sebenarnya bukan alternator, tetapi belt alternator yang menyambungkan alternator dengan water pump putus. Diulangi, putus! So, dia datang keesokan harinya dengan membawa belt itu. Apabila dibukanya cover untuk dipasangkan belt tersebut, sekali lagi dia terkejut kerana, water pump jgk bermasalah. bearingnya sudah loose, n water pump itu sudah lama bocor.
hmmm...sekarang, masalah ini sudah well defined. dengan bocornya water pump tersebut, maka terjawablah semua soalan. Kenapa air cepat kering? kenapa temperature naik?kenapa seminggu kereta tu, ok?...semuanya terjawab.
Walaupun sedikit kos yang perlu dikeluarkan saya sedikit berasa lega, kerana
1. insyaALLAH masalah kerata, part cooling system is ok, so sy boleh merancang untuk ke Melaka bersama isteri. (Isteri saya cikgu sejarah, plannya nak gi Melaka, nak betul2 faham tentang Melaka. Membantunya menjalankan proses P&P dengan lebih baik, plus masa utk saya betul2 memahami sejarah Melaka)
2. saya dapat belajar tentang alternator, water pump dan sistem penyejukan kereta
3. saya lebih terbuka, mengaku apa yang saya tahu dah apa yang saya tak tahu.
Just Because a man is an Engineer, it does not mean he knows much about Engineering. It merely means he knows much less about everything else (Mark Twain, 1976)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
lelaki selalu ego tinggi.. tapi kalau semua sedar bilamana seseorg berani mengaku kesilapan.. tu plg manis!! belajar dari kesilapan.. dan xbuat silap lg.. ^_^
kim slm kt kak fatihah a.k.a isteris tersyg..
hmm...terlalu byk benda yang perlu dipelajari...membuang masa dengan ego, nyata merugikan...
insyaALLAh...salam akan dikirim..sekejappp lg..:-)
1)...blajar sejarah melaka sambil jalan2 mkn angin dgn istri tchenta( kem slm yah)..
2)...apajadah seme alah yg mu sebut tu...adakah ia 1 pneranagan yg baik?..sbb aku ttp x phm x tau semua benda ntah apa2 tu...or aku yg lembaba??
3)..yup..agreed!!
1)insyaALLAH
2)thats y i link to the explaination. im not really good in explaining things w/o a paper and a pencil...if words...i need zillion of them...so kalu baca explaination, n still xfaham...dont blame yourself, blame the site...:-)
3)jgn stuju sokmo ngn aku
Post a Comment