Wednesday, August 12, 2009

Kanak-kanak harapan dunia 2

Amsyar : Kenapa AyahSu pakai spek, AyahSu buta ke?
AyahSu : errrr....

Amsyar : AyahSu takde kereta ke?
AyahSu : errrr....

Masih teringat lagi sewaktu saya mula-mula berkahwin dulu, anak buah isteri saya bertanyakan soalan-soalan sebegini kepada saya. Anak itu berumur 7 tahun. Dia memang sangat terkenal dalam mengeluarkan soalan-soalan yang sangat "menyentuh perasaan". Sejujurnya saya sangat kaget dengan soalan-soalan beliau. Sebabnya saya memang memakai cermin mata dan tidak memiliki kereta. Sungguh, saya buntu dalam memberi jawapan terbaik untuk anak itu. Saya tahu, bukan hanya dia seorang yang bertanya soalan-soalan sebegini, masih ramai kanak-kanak lain yang mempunyai sifat yang sama. Sebagai orang dewasa, bagaimana respon kita?

Yang nyata, saya belajar 1 perkara penting hari itu, kanak-kanak adalah makhluk yang jujur! Sangat transparent dari apa yang mereka fikir dengan apa yang mereka ucapkan. Soalan-soalan tersebut diutarakan atas sifat ingin tahu semata-mata, bukan sifatnya untuk menyindir. Jadi jawapannya haruslah bersifat telus, tidak juga menyindir. :-)

Personally, saya sangat tertarik kepada kanak-kanak sebegini. Lebih jelas kelihatan tentang apa yang mereka fikirkan. Mereka tidak malu mengutarakan idea, pendapat dan perasaan mereka. Walaupun sedikit bertentangan dengan adat Melayu yang seringkali dikaitkan dengan adab, tapi saya rasa mereka terlalu kecil untuk dipersalahkan dan diajarkan berkaitan adab. Kalau bertanya berkaitan adab pun, entah mereka tahu apa maksud adab. So, pada saya, biarkanlah dahulu. Bebaskan fikiran mereka, pasti akan sampai masanya mereka akan tahu dan belajar. Kanak-kanak yang tidak malu meluahkan idea, pasti lagi cepat belajar, pasti lagi cepat belajar tentang adab. Saya pasti.Namun, amatlah rumit kalau si anak tersebut dari kecil sudah malu-malu bertanya soalan. Malu tertanya soalan yang salah, malu mengeluarkan suara untuk bertanya dan malu untuk tahu. Pasti susah kan!!

Menjadi kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat seronok, terlampau banyak "kenapa" mereka. Kadang-kadang "kenapa" mereka melebihi "sebab" yang dimiliki oleh orang dewasa. Lantas orang dewasa mengajarkan mereka "sebab" dlm bentuk menyindir. Atau "sebab" yang salah, walhal si anak memerlukan jawapan yang jujur untuk "kenapa" mereka. Natijahnya, mereka tidak mewarisi pengetahuan, tapi mewarisi cara menyindir. Bukankah ini adalah adab yang salah? :-) Kita ada jawapannya...

Kadang-kadang saya terfikir, mengapa kita tidak sentiasa menjadi kanak-kanak? Kenapa sudah hilang perasaan ingin tahu kita terhadap apa yang berlaku disekeliling kita? Mengapa sudah hilang "kenapa" kita? Adakah kita sudah benar-benar yakin dengan "sebab" yang kita ada? Atau kita sudah bosan untuk bertanya? Atau sebab adab? Hilangnya "kenapa" lah menyebabkan kita tidak lagi seronok dalam mendalami sesuatu perkara. Kita berbuat sesuatu atas dasar tanggungjawab, bukan atas dasar ghairah (passion). Kanak-kanak selalunya akan mampu bertahan bermain di luar rumah walaupun hari panas terik, even hari hujan. mereka didorang oleh rasa ingin tahu yang tinggi, keseronokan (ghairah) timbul dari rasa ingin tahu. Tapi kita, seringkali hilang keseronokan itu, walaupun seluruh dunia mendorong kita melakukan sesuatu perkara. Sometimes, we feel that world is blessing us to do things, but somehow we still lost the passion. Itulah, saya rasa sebab hilangnya "kenapa"..dan kita segan untuk bertanya...

Monday, August 3, 2009

New Ride




Honda City 2009 ivtec 1.5 engine. Alhamdulillah, harap2 kehadiran anggota baru ini lebih memeriahkan hidup kami, walaupun kami yakin ini milik ALLAH jua...Ya, ALLAH jauh kan kami dari sifat ria', ujub dan takabbur. Tetapkanlah kecintaan hati2 kami hanya kepada Mu. Barakahlah rezeki kami. Amin


Monday, July 27, 2009

The Reason

It so happen in our life that day by day certain things seem to be clearer than before. All the explanations make more sense. All the examples give more sound. Characters of the problem looked more transparent. We are getting the idea. Alhamdulillah. Praise to You, Allah...The Owner of all everything.

But, not all explanations are worth knowing. Not all reasons behind things are important. Sometimes, knowing less and understand less is much better. Because not everybody is ready to accept reason, and to see logic. Because to some people, more understanding brings more responsibility and to certain extent it brings more liability.. Anyway, Alhamdulillah, Praise again to You, ALLAH. Maybe thats the reason why You reveal some of the things so easily, some of the things so damn hard and the other some is impossible to be understood..

Wednesday, July 15, 2009

Kanak-kanak harapan dunia





Sungguh indah novel2 adaptasi dari kesah2 benar yang ditulis indah oleh Tere Liye ini...Beberapa perkara yang menginsafkan saya, memanggil saya agar jgn tersungkur lagi. Perihal kanak-kanak yang memiliki jalan yang luas, perihal ibu yang xpernah putus asa dengan anak-anaknya, perihal ALLAH dan ujianNYA, perihal kesyukuran terhadap segala anugerah...perihal hidup dan keindahannya, perihal mati dan keindahannya...semuanya diselitkan dalam cerita2 ini...

saya sungguh suka kepada novel-novel ini...sekian

Friday, July 10, 2009

Life is an Open Secret



magnificent job Sis...Life is definately an open secret. Life reveals it's secret as we grow older, understand what had happen to us an others and understand that mistakes are meant to be learned (as it does not happen so that we can blame each other).

The most important lessons that I learn are;
1) Islam is soo beautiful and complete. Islam teach us to be open minded, focus and creative.
2) Quran never fail to guide us. we have to strive very hard to fully utilise Quran before we die..i mean really2 hard...
3) Never stop trying even if we feel like failing.

Monday, May 4, 2009

mistakes


Lesson of the day...
dont make mistake, because most of the time apology is useless...


Friday, April 24, 2009

mimpi yang sempurna

Suatu hari, seorang pelajar bertanya gurunya yang merupakan seorang ulama. "Sheikh, bagaimanakah cara saya boleh bertemu Rasulullah di dalam mimpi?". Gurunya menjawab,"Aku bukan mahu merendahkan mu, tapi aku berpendapat bahawa kamu takkan mampu".

Si pelajar ini langsung tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut seraya bertanya lagi, " sekiranya Sheikh tahu saya tidak mampu, apakah cara-caranya, mungkin saya boleh bersedia untuk mampu?"

Ulama' tersebut tersenyum dan menjawab,"Baiklah, cuba kamu makan pada siang hari tanpa minum. Makan lagi tanpa minum. Sampai ke malam. Jangan minum langsung sebelum kamu tidur".

Bingung pelajar ini mencari kaitan antara makan, minum dan mimpikan Rasulullah. Namun demikian, semangatnya untuk bertemu Rasulullah di dalam mimpi menyebabkannya menurut kata-kata gurunya itu tanpa sebarang soalan lagi.

Dipendekkan cerita, berbuatlah si pelajar ini seperti yang diajarkan sehinggalah dia tertidur. Sewaktu tertidur, dia bermimpi dia sedang dalam perjalanan ke suatu tempat pada hari yang panas terik. Setelah jauh berjalan, dia terjumpa sebuah perigi, berlari dia ke arah perigi itu untuk mendapatkan air, namun, tiada air di dalam perigi tersebut, hanya sebuah perigi buta. dia meneruskan perjalanan, dari jauh ternampak seperti lopak air, berlari dia ke sana kerana dia semakin dahaga.malang sekali nasibnya lopak air itu cuma pantulan awan di tanah lapang.disangkanya air, rupanya bayang-bayang...kerana terlampau dahaga, dia tersedar dari tidurnya..

keesokan harinya, dia berjumpa dengan ulama' tersebut untuk menceritakan apa yang dialaminya dalam mimpi tersebut. tersenyum lagi ulama' itu..."Itulah kunci untuk mencari Rasulullah di dalam tidurmu". Pelajar itu pun tersenyum...

Thursday, April 23, 2009

real man

There was a question asked to Dr Muzaffar Syukor on his definition of "real man". He said "The real man is defined by his passion and courage to do things". Passion and courage..hmmm...

Wednesday, April 22, 2009

Halaju vs Tekanan 2

terlebih dahulu terima kasih kepada pemberi komen yang sedikit merahsiakan identitinya pada entry saya yg sebelum ini.

mengenai persoalan yang ditimbulkan...atau lebih sempurna kalau saya qoute kan kembali;

camner pula dgn friction/daya geseran sasuatu benda yng bergerak ngan persekitarannya (contact area). Ade kesan tak kepada kelajuaannya? Mkin anda boleh menghuraikanya juga

sebelum saya cuba untuk mengaitkan persoalan tersebut, ingin saya nyatakan, apa yang sy tulis di sini adalah dari pengamatan mata kecil saya. saya melihat apa yang berlaku di sekeliling mampu dihuraikan oleh hukum sains. kejadian manusia adalah salah satu dari keajaiban yang mungkin mampu dihuraikan oleh sains. namum begitu, "human behavior" adalah sesuatu yang kompleks yang mungkin sedikit sukar untuk dihuraikan. cuma apa yang cuba saya perjuangkan adalah melihat " human behavior" ini dari perspektif prinsip fizik dan mungkin jg kejuruteraan. saya tahu, saya takkan mampu menghuraikan semuanya, namum setidak2nya saya melihat sesuatu dari arah pengetahuan saya...mungkin silap, tapi sangat bersedia untuk menerima input dari semua.


www.wikipedia.org

friction...seperti biasa, bermula dengan definition...Friction is the force resisting the relative lateral (tangential) motion of solid surfaces, fluid layers, or material elements in contact.<---100% dr wikipedia

atau mungkin dalam bahasa yang lebih mudah, daya yang mengurangi daya sebenar yang kita kenakan terhadap objek daya. Daya geseran ditakrifkan dgn daya normal (Fn) * pemalar geseran (mu). Daya normal pula ditakrifkan sebagai daya yang bertindak berserenjang (perpendicular) kepada daya sebenar. Daya normal adalah secara fiziknya sentiasa wujud untuk mengimbangi daya yang kita kenakan. manakala pemalar geseran pula adalah pemalar yang sangat berkait rapat dengan jenis bahan (material) yang kita gunakan. juga bergantung kepada berapa banyak kawasan terkesan antara 2 satah tersebut. mungkin lebih mudah sekiranya saya nyatakan; pada bahan yang sama, semakin banyak kawasan bersentuhan antara 2 satah, semakin besarlah nilai pemalar geseran dan semakin besarlah daya geseran.

persoalannya adakah daya geseran bersangkutan dengan konsep halaju dan tekanan?bg saya, ya, sudah tentu. geseran yang besar semestinya mengurangkan halaju, dan natijah yang lebih besar adalah, meningkatkan tekanan. satu proses yang timbal balik; meningkatkan tekanan-->mengurangkan halaju, mengurangkan halaju-->meningkatkan tekanan...

soalan seterusnya, dari manakah asalnya geseran dalam kehidupan kita?geresan akan berlaku apabila seseorang tidak jelas dengan arah gerakan asal, arah tuju halajunya. ke mana dia menghala?berapa byk usaha yang perlu dilakukan untuk ke destinasi?kalau tidak jelas, seseorang itu lebih mudah membenarkan dirinya menempel pada benda lain selain dari objektifnya. semakin luas dia menempel, semakin luaslah daya geserannya, semakin perlahanlah halajunya. banyak atau sedikit penempelannya bagi saya adalah sesuatu yang sangat jelas...iaitu masa berkesan (effective time)...

contoh; seseorang yang ingin menjadi pekerja yang cemerlang, dia perlu menggunakan masa berkesan yang byk terhadap kerjayanya. sekiranya byk masa berkesannya digunakan untuk selain dari kerjanya, geseran yang tinggi akan berlaku, dan melambatkan halajunya terhadap matlamatnya untuk menjadi pekerja yang cemerlang.

perlu diingatkan masa berkesan adalah tidak sama dengan masa biasa. sy rs semua orang sudah arif tentang itu. seminit masa berkesan adalah lebih baik dari 4 minit masa biasa (80/20 Principle or Pareto Principle)malah, 1 minit bagi 2 orang berbeza memiliki nilai yang berbeza<---this is where im very agree with einstein about relativity theory.

apabila bergerak, geseran pasti berlaku, namun geseran yang sebenar adalah byk berlaku di minda-tidak fokus, berkhayal diwaktu tak sepatutnya, mimpi yang tidak objektif. daya geseran sekiranya diadaptasi dengan benar, mampu memberi kebaikan kepada manusia, terbukti dengan penciptaan brek kenderaan dan aplikasi2 sewaktu dengannya..sekiranya digunakan dengan produktif, daya geseran mampu menjadikan kita sedar sekiranya kita terlanjur, mampu membawa kita kembali ke bumi setelah tinggi di langit..begitu jgk mimpi, mimpi yang sgt objektif sudah membawa manusia mencapai sesuatu yang terlalu mustahil sebelumnya...kita pun mampu! sekiranya kita meletakkan semuanya kene pada tempatnya..:-)


ilustrasi dr http://www.slimfilms.com/

p/s: minyak pelincir boleh mengurangkan geseran.tp mesti tahu jenis minyak pelincir, keperluan pelinciran...bukan semua minyak pelincir utk semua jenis geseran..

rujukan :
1. Luas permukaan berkadar langsung dengan pemalar geseran
2. relativity concept

Tuesday, April 21, 2009

kampung, aku rindu

nasi kerabu umi
pusing kampung naik motor
sembahyang jemaah di masjid besar
main bola dgn kawan2 dan score goal
borak2 dengan kawan2 vateren di masjid
usha rumah awek (sekarang dah jd isteri ahh)
tangkap belut di waktu petang dan bakar di waktu malam
main kerom dgn jemi, puyi dan abe jone, team dgn abejone
makan banana split dgn roti sosej sambil tengok kawan2 main bola
tengok cerita supreme master, sambil nyayi lagi tema dengan salah
seronoknya.....

Monday, April 20, 2009

Hayatul muslim

Pernahkah kita terfikir...bagaimana agaknya kehidupan sehari-hari seorang muslim?sebab semakin lama saya rasa benda ni semakin kabur..susahnya kita untuk membayangkan bagaimana kehidupan seorang muslim lah kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah value keislaman kita..maybe value keislaman kita pada hari ini nampaknya tak boleh dijual di mana-mana, tapi hakikatnya value keislaman kita ini sangat-sangat penting untuk masa depan kita sesudah kematian.

Kematian adalah sesuatu yang sangat pasti. Saya pernah mengikuti beberapa perbincangan tentang sains kematian. Pernah jgk saya menonton dokumentari tentang kematian dan perubatan. Dalam kedua-dua seisi tersebut, semua orang yakin bahawa kematian tak mungkin mampu untuk dielak, cuma kebarangkalian untuk melambatkannya mungkin ada. Sebab itulah kalau kita kembali kepada objektif perubatan, kita akan menjumpai bahawa perubatan adalah untuk memperbaiki kehidupan manusia, bukan untuk membuatkan manusia hidup kekal selama-lamanya. Mungkin ada falsafah yg mengatakan dengan meletakkan cita-cita di bulan, setidak-tidaknya kita akan jatuh ke gunung. Kalau meletakkan cita-cita untuk hidup kekal selama-lamanya, kita mungkin akan hidup 100 tahun, atau 1000 tahun...walau bagaimana pun manusia berfikir...hakikat tetap jelas...kematian itu PASTI

disebabkan kePASTIannya, mahu tidak mahu, kita mesti bersedia.

Dalam menyelesaikan ijazah saya dulu, subject wajib bagi semua pelajar2 kelas kami adalah "machine component design"..subject ini antara lain menjelaskan komponen-komponen yang mesti ada dalam sesebuah enjin. kami belajar fiziknya dan jgk bagaimana semuanya berfungsi dan saling bergantung antara satu sama lain. bagaimana komponen-komponen ini bercantum di bawah 1 sistem yang disebut "power train". memastikan "power train" yang baik, adalah dengan membuat semua pengiraan utk komponen-komponen ini dengan baik, tanpa meninggalkan 1 pun kebarangkalian utk komponen-komponen ini gagal. kegagalan 1 komponen boleh mengurangkan kebolehpercayaan (reliability) kita terhadap "power train" as a whole.

berbalik kepada issue asal yang cuba saya ketengahkan di sini-kehidupan sehari-hari seorang muslim. sy sangat-sangat yakin dengan kita memahami apakah kehidupan sehari-hari orang muslim, menjadikan kita benar-benar seorang muslim. melakukan hal-hal yang semestinya dilakukan oleh orang muslim menjadikan kita menjaga "komponen-komponen" kemusliman kita. kegagalan kita menjaga perkara-perkara yang mesti itu sebenarnya menggagalkan kita utk meng"uphold"kan value islam dalam diri kita ini. persoalannya bagaimana?bagaimana utk kita hidup sebagai muslim?kita semakin hari semakin ketandusan contoh..

Rasulullah sebagai contoh, tp Rasulullah sudah tiada. Pendidikan Islam dari taska/tadika kita dikenalkan dengan Rasulullah, tp hakikatnya kita masih belum cinta Rasullullah sebagaimana cintanya para sahabat. kita gagal menjadikan Rasulullah sebagai qudwah sebab kita gagal mengenal baginda..

Melihat kepada ulama hari ini, kita tidak jg mengenal ulama..ulama seringkali dikaitkan dengan terrorism..walaupun kita tidak mempercayainya, namun musuh-musuh islam berjaya membudayakannya kepada dunia...

mahu tidak mahu, pada pendapat saya cara terbaik untuk memahami, mencari contoh adalah melihat al-quran...memahami al-quran...membacanya secara harian..mengikuti kelas-kelas pelajaran al-quran...kelas membaca dgn tartil, kelas tafsir..selebihnya tergantung kepada kita utk berusaha menjadikan diri kita contoh, setidak-tidaknya contoh di dalam keluarga...

mungkin agak susah utk menetapkan apakah routine harian kita cuma, dengan meletakkan sedikit matlamat, insyaALLAH kita boleh perbaiki...contohnya;

01. Bacaan Quran. berapa muka/helai sehari
02. Istighfar. berapa kali sehari
03. Bacaan zikir-zikir yang ma'thur. pagi dan petang
04. Solat Jemaah di masjid/surau
05. Tahajjud. berapa kali seminggu
06. Solat Dhuha. berapa kali seminggu
07. Bacaan buku. Berapa bab seminggu/sehari
08. Riadah. berapa jam seminggu
09. Menziarah saudara-mara. berapa kali sebulan
10. Mendidik isteri secara khusus. berapa seisi seminggu.
11. dan lain-lain.......

letakkan matlamat, and then, tingkatkan matlamat dengan sedikit paksaan..in the function of time ahh..buktikan cinta kita kepada ALLAH..kerana dengan mencintai ALLAH dan Rasul lebih dari segala-galanya, kita dapat merasai betapa manisnya iman...insyaALLAH, kita mampu merasanya b4 kita mati...

Saturday, April 18, 2009

Subhanallah




keamatan cahaya semacam ini sepatutnya membakar filamen2 lampu tersebut,tapi..
kalau ALLAH berkehendak... subhanallah

Friday, April 17, 2009

Kereta kecil enjin merah


Sebulan lepas, isteri saya mengadu kereta saya kekeringan air (masa tu dia dalam perjalanan nak pergi ke sekolah, dan saya di bintulu-niah, melihat batu).Kekeringan air, bukan kurang, tp kering.sesuatu yang sedikit menakutkan. sepanjang sejarah saya memahami sifat2 kereta, tak pernah lagi saya terserempak dengan masalah kekeringan air dalam tangki kereta. kekeringan air tersebut semestinya mengakibatkan jarum penunjuk suhu naik secara mendadak. mata isteri saya yang sedikit tajam menyelamatkan sebenarnya. kalaulah dia tak perasan suhu naik in the first place, dah tentu kereta tu berasap dan semakin teruk keadaannya. terima kasih, sayang. tp sedikit kalut jgk saya masa tu sbb saya tak berada di tempat kejadian dan kebetulan pula abang ipar saya (sedara yang paling dekat) pun tiada di KL. Memahami tanda-tanda begitu, apa yang bermain di fikiran saya adalah, adakah tangki kereta itu bocor?

Sekembalinya saya di KL, saya berjumpa seorang mechanic untuk menyervis kereta saya. Saya bertanyakan soalan saya tadi kepada mechanic tersebut. Responnya, dia tak mampu nak jawab kalau enjin kereta tersebut tidak bersih.Kiranya dia tak dapat kesan, sama ada tangki air bocor atau tangki minyak hitam. Saya bertindak dengan membersihkan enjin kereta di kedai basuh kereta yang disyorkan, then saya kembali ke workshop tadi. Mechanic tu cakap, "hmmm...enjin awak terlampau bersih, saya tak tahu mana bocor"...terus saya rasa menyirap. ape kejadahnya saya diperlakukan sebegini. td kotor xleh tengok, sekarang bersih xleh tengok jgk. Terasa sedikit kecil apabila saya sedar yang saya memiliki segulung ijazah bertajuk "Ijazah Kepujian (Kejuruteraan) Kejuruteraan Mekanikal". Saya berdiam diri sejenak, berfikir langkah seterusnya. Yang pasti, penyelesaiannya bukan dengan mechanic ini...

Selang seminggu, kereta saya kelihatan tiada masalah langsung, airnya tidak kering, minyak hitamnya pun tidak berkurang. Wah, apa sudah jadi? self healing?adakah ini knight rider? sehinggalah pada 1 malam, apa yang berlaku sangat-sangat membuka mata saya untuk belajar pasal masalah ini. Simbol bateri sebelah speedo meter menyala.Jelas ada masalah dengan bateri atau alternator. Saya teringat kisah kereta Shah sewaktu di sunway dulu. Symptom2nya seakan2 sama.

Saya menceritakan hal ini kepada Suhairo, sahabat seofis saya, yang jgk memiliki latarbelakang "Mechanical Engineering" dari universiti yang sama. Kami sekelas hampir semua matapelajaran di kampus dulu. Dia bertanya kepada saya tentang apakah alternator. Hakikat sebenarnya, saya pun tidak tahu, tapi tidak mahu dilihat kecil lg, saya cuba meng explain kepadanya dengan lagak saya sangat tahu. Kemudian saya rasa sedikit bersalah n saya cuba membuat sedikit findings dalam howstuffwork berkenaan alternator.maafkan saya suhairo. Tapi saya share apa yang saya baca di situ dengan suhairo dan mengaku salah saya.;-)

Keesokkan harinya, saya menelefon seorang lagi mechanic yang di"recommand"kan oleh jiran2 saya-Abg Nasir. Menceritakan apa yang terjadi pada kereta saya. Dia pun sependapat dengan saya, mungkin alternator itu yang bermasalah. Petang tu jgk dia datang ke rumah saya utk membaiki, membawa 1 alternator baru di tangan. Agak terkejut apabila dia dapati yang rosak sebenarnya bukan alternator, tetapi belt alternator yang menyambungkan alternator dengan water pump putus. Diulangi, putus! So, dia datang keesokan harinya dengan membawa belt itu. Apabila dibukanya cover untuk dipasangkan belt tersebut, sekali lagi dia terkejut kerana, water pump jgk bermasalah. bearingnya sudah loose, n water pump itu sudah lama bocor.

hmmm...sekarang, masalah ini sudah well defined. dengan bocornya water pump tersebut, maka terjawablah semua soalan. Kenapa air cepat kering? kenapa temperature naik?kenapa seminggu kereta tu, ok?...semuanya terjawab.

Walaupun sedikit kos yang perlu dikeluarkan saya sedikit berasa lega, kerana

1. insyaALLAH masalah kerata, part cooling system is ok, so sy boleh merancang untuk ke Melaka bersama isteri. (Isteri saya cikgu sejarah, plannya nak gi Melaka, nak betul2 faham tentang Melaka. Membantunya menjalankan proses P&P dengan lebih baik, plus masa utk saya betul2 memahami sejarah Melaka)

2. saya dapat belajar tentang alternator, water pump dan sistem penyejukan kereta

3. saya lebih terbuka, mengaku apa yang saya tahu dah apa yang saya tak tahu.

Just Because a man is an Engineer, it does not mean he knows much about Engineering. It merely means he knows much less about everything else (Mark Twain, 1976)

Tuesday, April 14, 2009

Halaju vs Tekanan

when I was in high school, i asked my physics teacher about pressure. A normal human body has 14.7 psi pressure exerted on him. 14.7 psi is equal to 1 atm and equal to 20 m of water. as the pressure is define by rho*g*h, u have to dive 20 metres into the water (normal water, for a sea water, u have to go less that that, tp almost that depth lah sbb how much sea water density can differ dgn normal water pun btw) to double the pressure we r daily exerted. or in more simplistic word, the pressure we r having right now is equal to if we r carrying sebalang air yang tinggi balang tersebut adalah 20 meter. besar kan...

tekanan pula didefinasikan sebagai daya/luas kawasan terkesan daya. pada daya yang sama, semakin luas kawasan terkena daya, semakin kuranglah tekanan. atau semakin kecil luas kawasan terkena daya, semakin besarlah tekanan.

Pasal halaju pulak, selalunya kita merasakan kita static, tidak bergerak. hakikatnya kita bergerak bersama2 bumi di atas paksinya yg tersendiri selaju 1609.344 km dlm 1 jam. itu belum tambah dengan hajalu bumi menjauhi planet2 lain dlm galaksi, n halaju galaksi yang menjauhi galaksi2 lain kat outerspace. my point is, even we think we r static, actually we r moving, moving really2 fast.

Bring this 2 concepts into our daily life. Rasanya byk waktu dlm our daily life kita rs dunia sekeliling kita sgt laju dan kita sgt perlahan. semua laju mengejar apa yang diorang nak. kita selalu rs kita sgt slow. slow buat tu, slow buat ni, kadang2 kita tak mampu nak cope with this speed. n kita ketinggalan. berapa ramai dari kita yang sebenarnya bijak tp slow. mereka yang bijak tp slow adalah biasanya mangsa keadaan sbb obviosly bijak je tak cukup. kelajuan membuat sesuatu adalah penting juga.mungkin slow itu datangnya dari tekanan yang kita hadapi. dalam membincangkan masalah halaju dan tekanan, suka saya meruju kepada hukum bernoulli yang antara lain katanya halaju adalah berkadar songsang dengan tekanan. semakin kurang tekanan semakin laju sesuatu benda itu. ini benar dan asas hukum inilah terciptanya kapal2 terbang dan apa2 benda terbang seangkatan dengannya. so, sekiranya tekanan rendah, maka semakin laju lah kita. nampak sgt2 mudah, untuk kembali bergerak laju, catch up dgn dunia yang laju, apa yang kita perlukan adalah berusaha bagaimana mengurangkan tekanan. so, cara mengurangkan tekanan adalah dengan menambah luas kawasan terkena daya. caranya mungkin pelbagai.

1. maybe kita boleh share tekanan kita dengan orang2 terdekat..mungkin kawan2, ibu ayah, isteri atau boss (kalau boss membantu ahh, biasanya tak)

2. membuka seluas2nya keupayaan berfikir kita (atau dalam bahasa penjajahnya open up our mind)

3. melapangkan dada maybe (better explanation adalah dlm surah alam nasyrah kot...)

4. memerhati dan berfikir, ada org lain yang lebih hebat tekanannya. ini membuatkan kita lebih apresiasi terhadap kawasan daya yang kita ada.

so, kita boleh atasi benda ini.so, just relax n kita pikilah sama2 ye...(stole your line, nabil)...

Monday, April 13, 2009

the adventure of Boyan

tamatnya kelas bahasa melayu bersama cikgu noreha dalam lebih kurang 5 minit lg akan membawa semua kanak2 dlm kelas ni ke waktu rehat..

1015, loceng rehat berbunyi...bermulalah satu siri permainan yang ditunggu2 oleh kanak2 lelaki kelas 6 rajin...

"ok, rulenya mcm biasa, kalau korang berada di area ni, korang terdedah dgn boyan..untuk selamat, korang kene berada ni atas kawasan balcony ni je.korang jgk xleh menipu.hanya boleh bercakap benda yang betul je." mat jali menerangkan kembali undang2 permainan yang dinamakan boyan itu.

shahril, doye dan mat duan sudah diam...semua diam. takut2 tersalah cakap, menyebabkan terjadinya 1 penipuan dan terpaksa menjadi boyan.
tp diam itu xlama...tengku mengacah dengan mengeluarkan kenyataan,"ben kene pulas perut kan td. cikgu noreha pulas perut ben".
kemudian pijo menjumpai sesuatu yang aneh dalam statement tu,"tengku, mana ada ben dalam kelas kita, yang kene pulas perut tu adalah zainoori". terkedu tengku sbb tersalah cakap padahal ben=zainoori. cuma xde pun orang panggil ben dengan nama zainoori.semua tertawa kecuali tengku. dia sudah sedikit cuak kerana terpaksa menjadi boyan yang baru...

kemudian pijo cuba membuka ruang kepada orang lain utk melakukan kesilapan,"aku menang main rubber minggu lepas".ben menambah sambil tergagap2. dia cuba memberanikan diri,"aku pun menang jgk, tp lawan erma shahril".statement tu xde salah...semua kembali diam...gagal pijo mencari boyan baru...

beberapa siri mengeluarkan statement berlangsung sepanjang seisi ini...namun masih belum ada boyan baru...tengku masih kekal mencari salah org mengeluarkan kenyataan, pertanyaan atau apa saja yang meng'declare'kan satu penipuan...namun masih gagal.

tepat 1045, loceng masuk kelas berbunyi...dengan berbunyinya loceng itu menandakan permainan ini berhenti seketika..semua kembali boleh menipu sampai ke seisi boyan pada esok nya.namun,kali ini tiada boyan baru. esok bersambung lg.dengan tengku kekal sebagai boyan...

terfikir sejenak, apakah boyan?seingat sy tiada siapa yang tahu apakah boyan..yang penting menjadi boyan adalah sesuatu yang paling mahu dielak dalam siri permainan boyan..mungkin boyan adalah makhluk pelik, bertaring, hodoh dan membawa sial...

Friday, April 10, 2009

bright-feathered-bird

I have to remind myself that some birds aren't meant to be caged. Their feathers are just too bright. And when they fly away, the part of you that knows it was a sin to lock them up DOES rejoice. ~Red~

Sedikit masa sy curik disaat2 akhir routine sy sebagai penganalisa log di hari jumaat ini untuk saya menulis sedikit di sini. entah apa yang memberikan sy semangat sehari dua ni utk menulis setiap hari walaupun sedikit. jgn risau benda ni tak lama, sama seperti minat sy terhadap apa2 sebelum ini, biasanya xlama...

sy dapat merasakan ramai yang mampu mengagak dari mana saya petik kata2 di atas. ye, anda sangat betul.the shawshank redemption. berdasarkan statistic yang ada dlm IMDB, lebih kurang 500 ribu orang sudah memberikan komennya pasal cerita ini, separuh darinya menge'rate' cerita ini 10/10. sy rs mmg sgt sesuai cerita sebegini di'rate'kan sebegitu tinggi kerana bg sy cerita ini bukan sahaja menghiburkan tp sarat dengan unsur2 pengajaran.

Sebagai spoiler kepada sesiapa yang masih menontonnya, cerita ini mengesahkan seorang banker yang dituduh membunuh isterinya dan kekasih isterinya dengan 8 das tembakan.4 kepada isteri dan 4 kepada kekasih isteri.tepat di atas kepala..hmmm...revolver tu ada 6 peluru je.so, untuk jadikan 8...tembak 6 then reload n tembak lg..mcm marah tersgt2 ahh kalau mengikut lawyer pendakwaraya...

dipendekkan cerita dia dipenjarakan di sebuah penjara yang diberi nama shawshank...ceritanya bermula di situ..bagaimana hidupnya di penjara yang pada asalnya tempat yang langsung xbest kepada tempat yang sgt2 best...byk jasa dia kat penjara tu, dia bina library, mintak buku untuk penuhkan library, menasihati bob yang cuba menyuruhnya melakukan hubungan songsang, menolong seorang budak mendapatkan diploma, menyelesaikan masalah cukai pendapatan pegawai2 penjara,dan yang paling terbaiknya dia dpt develop 1 relationship persahabatan yang sgt best dgn Red.

dipendekkan cerita, dia berjaya keluar dr penjara tersebut selepas beberapa tahun dengan 1 identiti baru.identiti yang dia cipta sendiri...(part ni ahh sy rasa, betul2 dipermainkan oleh pengarah sbb kadang2 rs mcm sgt2lah sengal kementerian pendaftaran amerika sampai dia boleh create identiti baru)....

ok, berbalik kepada qoute di atas...sesetengah burung itu mmg xsepatutnya dikurung. pelepahnya sgt terang...selalu sy terfikir adakah saya juga seperti burung itu?xde siapa pun yang mampu kurung apa yang sy nak jadi...walaupun orang itu dekat dgn sy, walaupun jauh..walaupun parents sy, walaupun boss kat tempat kerja...walaupun takdir..kalau sapa2 pun yang berani kurung sy dr apa yang sy nak jd, orang itu akan merasakan sy xwajar dikurung sbb sy akan keluar dari kurungan itu dan kembali mengejar cita2 sy...selepas sy berjaya keluar dari kurungan itu, barulah org faham kenapa sy xwajar dikurung..masa tu, si pengurung akan tersenyum...

Thursday, April 9, 2009

excel time = excellent time

OMG, today...i spend all my working hours using excel spreadsheet...my working hours today become very2 short after all, n yet i still struggling to the the solution for my J_function...wonder if this excel gives me an excellent time or not...apa2 pun i am so impress with the work done by other ppl who translated their work in this website -->http://exceltemplates.net/ ...wonder again where u all can find these time??

Wednesday, April 8, 2009

maaf

"maafkan sy"...atau "i am sorry"...itulah ghalibnya perkataan yang terdengar susulan dari kesalahan atau ketelanjuran seseorang yang sudah mengakui kesalahannya. Tapi adakah perkataan ini berguna? Pendapat kacil sy, maaf adalah perkataan yang sangat susah diucapkan oleh sesetengah orang, dah senang juga diucapkan oleh sesetengah yang lain. Maaf dari orang yang xmengakui kesalahan adalah sangat susah. tp maaf dari orang yang "clumsy" sgt senang. Namun maaf dr org yg tak mengakui kesalahannya (walaupun semua org buat silap) adalah bg sy lebih bermakna sbb maaf tersebut lebih dalam. tapi maaf dari org yg sentiasa merasakan yang dia melakukan kesalahan adalah sedikit kurang bermakna sbb agak pasti utk dia melakukan lg kesalahan tersebut. so, its really complicated to read ppl from their word.

Satu sudut lg...sekiranya maaf langsung dilafazkan, kebarangkalian org menerima maaf tersebut pun pelbagai. Orang sgt2 boleh menerima maaf tp adakah maaf itu benar2 diterima atau maaf itu diterima sekadar untuk memberhentikan pemohon maaf memohon maaf?
contoh : sekiranya maaf itu diterima, maka kesalahan yang sama, pada masa hadapan yang dilakukan oleh si pemohon xakan di"relate" dengan kesalahannya sebelum ini. sekiranya kesalahan tersebut di kaitkan dengan kesalahannya (kesalahan yang sama atau lain) sebelum ini, maka rasanya maaf tersebut pada asalnya memang tiada keikhlasan. so, mmg complicated untuk memaafkan org. Satu tindakan yang benar2 menguji kesabaran dan keikhlasan...menguji iman..

Sekiranya lembaran sirah diamati, kesah fath mekah adalah satu ukuran terbaik bagaimana Rasulullah ingin mengajarkan kita erti maaf...

Hindon, isteri kepada Abu Soffian adalah orang yang sangat berdemdam dengan Hamzah (pakcik Rasulullah)...sehinggakan dalam perang Uhud, dada Hamzah dibelah dan jantungnya dilapah sebagai tanda dendamnya kepada Hamzah. Usai peperangan, melihat dada Hamzah terbelah, jantungnya dilapah, menangis Rasulullah. Tangisan kepada orang yang sgt melindungi Baginda, Hamzah asadullah...Rasulullah berazam untuk mencari Hindon dan melakukan benda yang sama kepada Hindon, tp tibanya wahyu dr ALLAH menyuruh Rasulullah bersabar...dan memaafkan

Tahun ke-10 hijrah dan peristiwa Fath Mekah.. satu hari yang diingati oleh penduduk mekah, org umat Islam..Pada hari itu, Islam memaafkan seluruh dosa quraisy kepada mereka.Sebelum hijrah,ada kisah bagaimana Bilal di jemur di tengah panas terik padang pasir dgn batu besar di dada, kisah bagaimana Khabab disalai sehingga menitis lemaknya dari belakang.Dan kisah Hindon melapah jantung Hamzah. Hindon dan Abu Suffian malah diutamakan dgn kata Rasulullah, "Sesiapa yang berlindung di rumah masing2 dan berlindung di rumah Abu Suffian, mereka akan selamat"..itulah kemaafan...kemaafan penghapus segala dendam...

Indah Islam...kemaafan sesama manusia, sebelum menghitung kemaafan Khaliq kepada makhlukNYa...ya ALLAH, maafkan daku...